PESONA EMAS....menjual barang kemas 916 dan 999 secara online dan offline

Selamat datang ke blog Pesona Emas.Kami adalah penjual barang kemas 916 dan 999 yang menjual secara online dan offline pada harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa. Kami juga memberi ruang yang luas kepada mereka yang ingin menjadikan bisnes ini secara PART TIME sebagai dealer atau dropship kami tanpa modal tetapi memberikan pulangan yang sangat LUMAYAN...


Thursday 31 May 2012

Sekadar Renungan


Si Perancang Masa Depan:
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan
hanya layak dibuat kayu api.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”


Si Pencari Haluan:
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
janganlah hidup seperti duri : mencucuk diri

dan menyakiti orang lain.


Si Pejuang:
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat

yang tidak pernah mengalah

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap
yang ingin sentiasa

melakukan yang terbaik.

Gantungkan azam dan semangatmu

setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu

serendah mutiara di lautan.

No comments: